Lahir Batin Hendaklah Selaras


Lahir dan batin kita biarlah sama terhadap pegangan kita terhadap Tuhan

Janganlah satu membohongi yang lain

Janganlah akal mempercayainya, lisan kita mengakui tapi jiwa kita tidak menghayati

Kita yakin dengan Tuhan, lidah kita selalu menyebut-Nya, tapi jiwa kita tidak rasa bertuhan

Akal kita yakin Tuhan itu berkuasa tapi kita tidak terasa Dia menguasai kita setiap masa

Kuasa Tuhan itu hanya akal sahaja tahu, mulut selalu berkata, namun hati tidak terasa

Begitulah akal juga percaya Tuhan itu melihat, lisan juga kalau ditanya dia mengiakan, tapi hati

tidak terasa dilihat

Seterusnya sifat mendengar Tuhan diterima akal, lidah juga tidak membohonginya namun hati tidak

sedar Tuhan mendengar

Sifat mendengar Tuhan hanya diketahui di dalam pengetahuan, akal tidak menolaknya, tapi hati

tidak terasa

Kerana itulah kita boleh bercakap bohong

Percakapan kita selalu sahaja sia-sia yang tidak memberi apa-apa faedah

Percakapan kita selalu sahaja membohongi pengetahuan kita

Sikap dan pengetahuan kita tidak sama

Sikap kita membohongi akal kita

Orang mukmin sejati akal, hati dan tindakannya sama

Ketiga-tiga anggota manusia itu selaras

Tidak membohongi satu sama lain

Jujur di luar, jujur di dalam

Apa yang nampak di luar, itulah sifat batinnya

Tidak bertentangan satu sama lain

Ciri-ciri nifak tidak wujud

Sama ada terang-terangan mahupun yang tersembunyi

Lahir dan batin sama-sama lurus

Tidak bercanggah satu sama lain yang lahir dengan yang batin

Begitulah sikap mukmin sejati

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi